Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, November 27, 2012

Sayur dan buku tidak dapat dipisahkan



Sentiasa fikirkan berada di luar kedai buku bagi menjual buku tulisan kita. Misalnya strategi Karangkraf berada di luar kedai buku dan berada di lokasi yang relevan. Buku mengenai fertigasi cili terbitan Karangkraf berada di MAHA. 

Ketika kursuspenulisan.com menjual buku Buat Duit dengan Ikan Keli, didapati buku ini lebih mudah dijual di laman forum online yang berkaitan ikan keli berbanding dihantar ke rangkaian kedai buku.

Beberapa pandangan mengatakan bahawa ini adalah tanda-tanda situasi ekonomi yang semakin perlahan dan mendorong para penerbit mencipta peluang baru. Peluang sebagaimana kenderaan berlogo TM UNIFI diletakkan di hadapan kedai mamak kemudian seorang kakitangan menguar-uarkan pakejnya.

Kursuspenulisan.com menjalankan temubual terhadap seorang lelaki yang menjual buku secara langsung dari meja ke meja, dari kedai ke kedai, dari seorang individu ke individu lain.

Berapakah orang lelaki ini perlu bertemu dan memperkenalkan buku? 

Katanya, "Sejumlah 250 orang sehari bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam."

Berapakah jumlah jualan paling rendah pernah dicapai? 

Katanya sambil menundukkan kepala, "Paling sedikit 20 naskhah buku sehari."

Berapakah komisen yang diterima bagi setiap naskhah buku? 

Dia menjawab dengan ceria, "Sepuluh peratus daripada harga buku."

Berapa lama sudah bekerja begini dan berapa ramai seperti saudara? 

Balasnya, "Saya sudah bekerja selama empat tahun dan gembira melakukannya. Ada 500 seperti saya yang mengedar di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak."

Kredit foto: Puan Sri Diah Shaharudin.

No comments:

Post a Comment