Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Tuesday, November 27, 2012

Buku, jurujual senyap untuk si anak

Dalam sesi coaching penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak, kami diajukan soalan "Bagaimana memujuk ibu-bapa membelek dan membeli buku cerita bergambar kanak-kanak?"

Situasi buku cerita bergambar kanak-kanak berhadapan dua keadaan, satu di dalam penerbitan dan satu lagi di kedai buku.

Situasi di dalam rumah penerbitan, kumpulan editorial berhadapan kesukaran menjawab soalan jualan buku cerita bergambar kanak-kanak. Berhadapan situasi jualan yang perlahan menjadikan buku cerita bergambar kanak-kanak dilihat tidak menguntungkan.

Kata jurujual yang tidak dilatih memahami produk ini, "Buku ini sukar dijual, tidak ada orang mahu membeli. Terbitkan buku yang mudah kami jual di kedai-kedai buku."

Situasi di kedai buku, ibu-bapa melihat buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai satu pembaziran. Mereka melihat buku yang mahal harganya kerana kualiti kertas, penuh ilustrasi dan warna tetapi kurang perkataan.

Kata ibu-bapa, "Buku cerita bergambar kanak-kanak kurang perkataan. Anak saya tidak pandai membaca dengan buku yang mahal ini."

Dua kumpulan ini berlaku dalam situasi penerbitan buku tempatan.

Buku cerita bergambar kanak-kanak meskipun sudah lama di pasaran, ia belum dilihat sebagai sebahagian praktis ibu-bapa bagi menjadikan ia dalam senarai buku wajib dibeli.

Bagi sebuah negara yang menghargai seni dan sastera sehingga remaja punk juga tahu sebahagian petikan karya Shakespeare tidak berhadapan dengan kedua-dua situasi ini.

Model penerbitan buku cerita bergambar kanak-kanak tempatan tidak melalui inovasi pakej dan struktur yang dapat memujuk ibu-bapa membelikan untuk anak mereka.

Terdapat beberapa cara mempakejkan buku cerita bergambar kanak-kanak sebagai umpan kepada ibu-bapa.


  • Pertama, sediakan panduan ibu-bapa pada beberapa halaman di belakang buku cerita bergambar kanak-kanak.
  • Kedua, panduan itu disertakan bersama foto bagaimana buku itu dapat digunakan untuk anak.
  • Ketiga, kehendak ibu-bapa berkata,  "Saya mahu anak saya pandai membaca" berada di halaman terakhir buku. Kaitkan kajian para ahli akademik dan perkembangan pembaca buku seperti ini.
  • Keempat. Tuliskan satu sehingga tiga ayat sahaja pada kulit buku bagi menggambarkan kekuatan buku. Ia akan dibaca oleh empunya diri sebelum lulus beli.
  • Kelima. Usahakan strategi menulis dan menerbitkan dalam dwi bahasa. Ia sebagai cara menerobos rak bahasa Inggeris dan pada masa sama memanjangkan hayat buku di kedua-dua rak. 
  • Keenam, satu perenggan dengan ayat paling ringkas daripada tokoh yang dikenali keintelektualan dan fungsinya dalam masyarakat melalui bidang ini dimasukkan dalam buku bersama  foto.
  • Ketujuh, bekerjasama dengan pengusaha tadika dan taska bagi menulis buku cerita bergambar kanak-kanak yang akan menjadi buku rasmi.
  • Kelapan, gunakan satu atau dua foto ibu bapa yang memegang buku itu dan berpuas hati pada kesan buku itu. Mereka adalah kumpulan makmal ujian kita sebelum buku diterbitkan.
  • Kesembilan, memilih mentor bagi memandu arah kita menggunakan sistem dan kaedah yang betul.
Langlah-langkah di atas akan semakin kurang digunakan dalam penerbitan apabila ibu-bapa secara sedar dan tahu mahu membeli buku cerita bergambar kanak-kanak tanpa berkata, "Nipis dan banyak lukisan sahaja. Kurang perkataan dan mahal!"

No comments:

Post a Comment