Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Monday, July 29, 2013

Bagaimana pensyarah yang sibuk dan ibu kepada enam orang anak menulis buku?

Salah seorang peserta konvensyen penulis, alumni kursuspenulisan.com, Dr Faridah Idris bergembira setelah lama berusaha menyiapkan buku ini. Buku penuh warna, penerangan yang jelas dan terperinci, setebal 416 muka surat.



Tahniah daripada pihak konvensyen atas momentum penulisan yang mencetus hasil.

Dr Faridah Idris,

Apakah disiplin menulis yang diamalkan meskipun sibuk dengan NGO dan tugas pensyarah?

1. Cabaran terbesar saya dalam penulisan bukan kerjaya sebagai pensyarah atau terlibat dalam NGO tetapi bagi saya adalah tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada 6 anak dengan pelbagai peringkat umur.

2. Sebenarnya saya tiada disiplin atau waktu khas untuk menulis. Saya banyak menulis di waktu senggang semasa bekerja kerana di rumah masa saya lebih kepada keluarga.

3. Memandangkan topik penyusuan adalah topik 'passion' saya maka menulis tentangnya adalah sebahagian dari keseronokan dan keghairahan saya. Bebanan menulis tidaklah terasa sangat.

4. Untuk artikel berkaitan perubatan, saya menggunakan pengalaman kerjaya dan bahan bacaan akademik untuk rujukan.

5. Untuk penulisan kreatif, saya banyak mendapat sokongan dari rakan dalam Akademi Hero terutama sifu Azzah Abdul Rahman. Beberapa puisi dan cerpen/certot saya ada tersiar di TulisNovel.com.

6. Kebiasaannya untuk sesuatu topik yang saya ingin tulis, saya akan melihat dahulu tulisan-tulisan yang berkaitan dengannya dahulu, ambil poin yang penting dan adaptasi mengikut gaya penulisan saya.

7. Saya juga mengikuti bengkel dan membaca buku berkaitan penulisan.

8. Untuk manuskrip ini, saya mengambil masa 10 bulan untuk menyiapkannya. Saya membuat carian jurnal, membuka buku rujukan, merujuk website berautoriti, menjelajah forum penyusuan, memerhati persoalan yang biasa ibu-ibu utarakan dan sedikit sebanyak menggunakan pengalaman sebagai trainer dalam persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia.

9. Sukar untuk saya menukar 'topi' saya sebagai ahli akademik, justeru proses mencari bahan rujukan agak lama.

kursuspenulisan.com

No comments:

Post a Comment