Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, November 13, 2013

CCBF Apabila buku bahasa Melayu memasuki pasaran China

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Alhamdulillah, tim kursuspenulisan.com bersama delegasi Malaysia di bawah pimpinan Kota Buku tiba di Malaysia selepas seminggu berkampung di Pesta Buku Antarabangsa Kanak-Kanak di Shanghai, China. Esok akan mula mengemaskini perkara-perkara yang berlaku di sana. Insya Allah.

Sasaran semua delegasi bagi tujuan pelesenan melepasi sasaran.

Kepada 12 orang penulis yang melalui kursus di kursuspenulisan.com, ada berita baik dari Shanghai menyusul. Insya Allah.


Foto: Yuyuan Market di Shanghai.

Buku dan kanak-kanak

Ada masa, buku yang hilang berlaku juga.

Namun, penganjur dan penerbit membuka ruang bagi kanak-kanak membelek buku-buku terbaik mereka sambil diawasi oleh ibu-bapa.

Boleh jadi bar kod keselamatan diletakkan agar ia berbunyi apabila melepasi pintu utama.

Buku-buku terbaik antarabangsa juga dipamerkan secara umum.





Buku alumni kursuspenulisan.com menarik perhatian

Melihat tingkah laku pembaca buku di sini apabila membelek buku para alumni kursuspenulisan.com.

Survey dilakukan ke atas buku alumni bagi melihat apakah kecenderungan mereka dalam memilih buku cerita bergambar kanak-kanak.

Trainer akan menyenaraikan apakah keperluan akan datang perlu dilakukan alumni untuk projek penulisan akan datang dalam grup tertutup penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak.





Penulis buku cerita kanak-kanak popular di China

Penulis buku cerita bergambar kanak-kanak dikerumuni ibu-bapa yang mahu mendapatkan tandatangan penulis. Dikatakan perkembangan buku cerita bergambar kanak-kanak mengalami peningkatan secara konsisten sejak 10 tahun lalu.




Alumni kursuspenulisan.com dikerumuni kanak-kanak China

Alumni kursuspenulisan.com, Cik Puan Zatika Izati Puade menjadi tumpuan kanak-kanak di Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China. Menunggu cenderamata Kota Buku di tangan penulis buku cerita bergambar kanak-kanak ini.


Kami merancang penulis ke luar negara.

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak hasil kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

No comments:

Post a Comment