Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Wednesday, November 13, 2013

CCBF Ulat Tiket kaya-raya kerana buku?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Ulat tiket mengambil peluang menjual tiket masuk ke Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai China. Ibu-bapa sangat ghairah datang ke sini bersama anak-anak.



Rakus membeli buku

Situasi sebelum dan selepas booth ini dibuka kepada umum. Susunan buku hiasan pun separuh habis dijual.



Berkuli bagi mendapatkan skil

Hidup berkuli itu penting bagi mendapatkan skil. 

Selepas itu barulah hidup dengan bakat sendiri. Salah satu situasi berkuli yang tidak dapat saya lupakan adalah di MiTV Ansar di bawah Tuan Amir EtCetera Karim dan Tuan Jef Hazimin Jaafar. 

Peringkat awal berkuli dengan mereka, bayaran saya terima adalah sebungkus nasi dan teh o ais sahaja. 

Ketika itu bermulalah situasi mereka yang teruja berada di stesyen televisyen beransur-ansur keluar kerana bayaran nasi dan air sahaja. 

Kemudian barulah saya mendapat elaun. 

Bekerja di stesyen televisyen berbayar dalam masa yang singkat memberi idea bagaimana storibod, skrip, 'flow' dalam sebuah presentasi video dilakukan.

 Dari pra produksi sehinggalah post production, berkuli memberi erti buat, tahu dan berdikari. Skil 'berkarat' yang diberikan mereka pada tahun 2005 digunakan semula bagi penghasilan video pengenalan karya di booth Malaysia dan dijadikan bahan pelancaran 

Mereka yang di kampus ini kata-kata sebelum menulis jumlah gaji yang kita mahu, "Berkuli itu langkah seorang profesional bidang."





Satu-satunya anak yang mahu dikembangkan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

No comments:

Post a Comment