Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, October 14, 2012

Bayi kecil membaca karya agungkah?

Oleh Fazeila Isa
Trainer coaching penulisan buku bergambar kanak-kanak
Informasi di sini


Ada sesetengah ibu bapa yang akan tertanya tanya apakah jenis buku yang sesuai untuk diberi kepada anak mereka seawal usia 0-2 tahun.

Ini jelas menunjukkan keperihatinan mereka terhadap perkembangan literasi seawal usia tersebut dan kesungguhan mereka mahu menerapkan budaya cinta buku.

Bayi seawal usia ini memang gemar kulum, hisap, gigit, tarik dan macam macam lagi pergerakan yang melihatkan mulut, tangan dan kaki apabila diberi mainan atau objek kepada mereka. Itu adalah cara mereka “belajar” mengenali objek.

Untuk itu, terdapat jenis material buku yang selalunya akan dicadangkan adalah jenis “board book”.

Ini adalah kerana buku jenis ini diperbuat daripada kertas keras kadbod supaya buku tidak akan mudah terkoyak, rosak dan boleh diulang pakai.

Ada juga buku yang diperbuat daripada bahan tahan gigitan, koyak dan boleh dibasuh (seperti di dalam foto ini: Mama and Baby & Mary Had A Little Lamb) dan juga diperbuat daripada kain. Buku jenis ini adalah buku yang mempunyai maksimum 8 muka surat.

Itu tentang material. Seterusnya jenis presentasi buku. Ada board book yang mempunyai finger atau hand puppet, ada yang mempunyai “lift the flap” atau “flip flap” book (ada gambar objek tersembunyi di sebalik kad yang perlu diselak untuk lihat objek tersebut atau selak untuk dapatkan padanan gambar yang betul seperti di dalam foto) dan ada jenis “pop up”.

Ada juga yang mempunyai punat untuk ditekan supaya mengeluarkan bunyi.



Kategori buku pula ada jenis buku konsep awal iaitu buku tentang ABC, 123, warna dan apa sahaja konsep mudah, di mana kebiasaannya dihasilkan dalam bentuk kamus bergambar mini atau lebih popular dengan tajuk “my little learning library” atau “my first picture dictionary”.

Buku jenis ini biasanya akan disusun mengikut domain seperti makanan, permainan, pengangkutan dan lain lain.

Kebiasaannya juga, ia dibuat saiz kecil kecil untuk memudahkan bayi leka memegang dan membelek beleknya. Ada juga jenis fiksyen (menceritakan sebuah kisah pendek) dan juga non-fiksyen.

Buku buku ini semestinya mempunyai ilustrasi yang menggunakan warna warna yang terang, berwarna warni, ilustrasi yang mudah difahami atau foto objek sebenar yang kebiasaannya ada di sekelilingnya, foto bayi lain membuat aktiviti hampir sama seperti makan, minum, main, buku yang mempunyai “tactile” di mana mereka boleh sentuh tekstur yang berlainan dan juga buku yang mempunyai ilustrasi haiwan.

Teks bagi kesemua buku yang disebut di atas ini sama ada mempunyai perkataan untuk merujuk pada objek, atau teks yang ringkas, cerita ringkas yang mempunyai rhyming mudah ataupun tidak mempunyai perkataan langsung – hanya bergantung sepenuhnya pada ilustrasi/ foto.

Namun, perkembangan awal bayi dikatakan perlahan untuk anggota matanya. Dikatakan penglihatannya agak kabur, tidak dapat fokus dengan tepat dan tidak dapat membezakan warna.

Maka ada juga board book yang dihasilkan khusus menggunakan hitam dan putih (kadang kala juga warna merah) untuk membantu mereka fokus, merangsang penglihatan mereka dan seterusnya perkembangan minda mereka.

Apa pun jenis buku seperti yang disebut di atas, kebiasaannya ia tidak melebihi 8 helai muka surat untuk kategori ini.

Walau apapun jenis buku yang dibeli, perkara yang paling penting dalam merangsang anak di sekitar usia ini ialah membaca buku buku tersebut bersama sama mereka.

Ini adalah kerana bayi amat cenderung dan suka memberi respon apabila mendengar suara ibu bapa. Tidak hairanlah, bayi pasti terlena setelah ibu bapa mendodoi mereka untuk tidur ( jika kena cara dan tempatnya

No comments:

Post a Comment