Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Sunday, December 2, 2012

Sekecil-kecil penulis, sebesar-besar penulisan


Disember bermula dengan tindakan



Semalam berlaku tiga pertemuan berkenaan penulisan. Salah satunya bersama salah seorang daripada 1500 orang peserta pada sesi minggu lalu. Saya tidak dapat melihat beliau dari atas pentas. Manusia terlalu ramai, lampu pentas menghalang saya melihat wajah mereka.

Kali ini beliau datang bagi mendapatkan bimbingan penulisan bahan teknik. Kepakaran beliau adalah memotong kain bagi dijadikan baju kurung dalam tempoh 10 minit. 

Ini adalah produk teknik yang dapat mengurangkan kos sebelum dihantar kepada tukang jahit. Insya Allah, penulis di bawah literary agent saya ini akan bernaung di bawah Buku Pandai Publications, Insya Allah.

Salah satu etika dan disiplin tugas literary agent adalah menerangkan isi kandungan perjanjian Buku Pandai Publications sebelum tawaran diterima.

Disember bermula dengan tindakan




Semalam sekumpulan peserta mengorbankan cuti mereka bagi menghadiri seminar penulisan novel. Mereka akan dikejar selepas ini bagi memastikan karya mereka diterbitkan.

Perkara yang menarik berlaku kepada diri mereka, sudah ada buku-buku non fiksyen yang menunggu bagi dijadikan novel. Pokoknya, mereka mesti berlatih menulis cerita yang sedap dibaca melalui skil yang diberikan.

Peluang sudah diberikan, jalan sudah terbuka, latihan sudah diaplikasi. Angan-angan dipenuhi.

Disember bermula dengan tindakan



Sehari sebelum semalam, seorang ibu dan ayah mengendong anak yang masih kecil, memimpin anak-anak yang belum bersekolah ke bengkel penulisan buku. 

"Terima kasih kerana menjadikan si kecil itu sebagai peserta paling muda dalam sesi ini," saya tersenyum.

Sepanjang sesi saya memerhatikan mereka dengan rasa takjub, ketika mana ramai yang memanjang mimpi mahu menjadi penulis, mereka bermimpi dan kemudian bertindak ke atas mimpi mereka. 

Anak-anak dibawa bersama dalam perjuangan mereka menjadi penulis.

Disember bermula dengan tindakan

Tuan Hadi Rofiee, salah seorang peserta bengkel


Selesai sahaja bengkel penulisan, saya melihat dua kertas cadangan sudah siap dibawa oleh dua orang penulis. 

Mereka saling dorong mendorong dan duduk sebelah menyebelah sepanjang bengkel. Seorang melihat rakan yang di sisi dan kehadiranya seolah-olah berkata, "Saya mahu melihat buku kamu terbit dan saya akan pastikan ia berlaku."

Disember bermula dengan tindakan



Sehari sebelum semalam, seorang lelaki menghadiri bengkel penulisan buku. Lelaki itu menghampiri saya dan memberikan sesuatu, "Tuan, ini adalah hadiah daripada isteri saya."

Tidak saya tahu isterinya mengirimkan senaskhah novel yang siap terbit. Alhamdulillah, bengkel terdahulu mendorong beliau menulis dan diterbitkan. Hati isteri lega apabila tidak ada lagi perkataan, "Kalaulah aku menulis buku waktu dahulu…."

Disember bermula dengan tindakan.



Saya sedang duduk dan melihat ke luar. Ada sesiapa mahu bertindak memenuhi angan-angan pada Januari tahun hadapan?

Bermula di sini

No comments:

Post a Comment