Sertai Komuniti Penulis Bestseller

Email:
First Name:
 

Thursday, November 14, 2013

CCBF Rakyat China leka membaca buku bahasa Melayu?

Laporan China Shanghai International Children's Book Fair 2013 2014

Buku cerita bergambar kanak-kanak dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan bagi tujuan pelesenan ke luar negara. 

Kekuatan ilustrasi dan jalan cerita serta karakter yang dibangunkan mendorong sesiapa sahaja membelek dan bersedia mendengar ceritanya apabila disampaikan. 

Foto menunjukkan tingkah laku penerbit dan ibu-bapa terhadap buku cerita bergambar kanak-kanak yang dibawa oleh delegasi Malaysia.







Seorang anak, seribu tumpuan

Ibu-bapa di China mempunyai seorang anak, maksimum dua orang anak. Tumpuan ke atas anak diberikan sepanjang Pesta Buku Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China dapat dilihat melalui aktiviti mereka selepas dan semasa membeli buku.





Tidak sekadar menjual buku

Strategi membangunkan pelanggan ibu-bapa untuk penerbitan akan datang. 

Sesetengah booth dibuka bukan untuk jualan buku. 

Sebuah booth khusus disediakan oleh penerbit. Mereka tidak menjual buku tetapi memberi hadiah percuma berbentuk bekas pensil. 

Pengunjung perlu mengimbas (scan) QR Code pada kad bisnes penerbit, kemudian isikan maklumat pada borang online melalui telefon bimbit.




Kami merancang penulis ke luar negara

Sejumlah 12 judul buku cerita bergambar kanak-kanak dihasilkan dengan kerjasama tim ilustrator, penulis cerita melibatkan kursuspenulisan.com dan Kota Buku di Pesta Buku Cerita Kanak-Kanak Antarabangsa Shanghai, China.

Kami di kursuspenulisan.com sedang merancang siri buku baru untuk persediaan empat pesta buku antarabangsa tahun hadapan.

Berminat, mohon klik di sini

No comments:

Post a Comment